Sunday, 20 October 2013

Cameron, kami datang lagi


Assalamualaikum…

19 Oktober lepas, sekali lagi saya mengulangi ‘tabiat’ yang satu ini. Keluar daerah tanpa dirancang. Tup…tup, kami sekeluarga sudah berada di Cameron Highlands, Pahang. Entah sudah berapa kali kaki saya pijak tanah tinggi yang terkenal dengan teh dan strawberi ini, namun tidak pernah rasa bosan. Malah, rasa cinta makin menebal. Mungkin sebab saya sukakan suasana persekitarannya dan yang pasti saya suka dekat dengan alam.

Sabtu lalu, bangun sahaja daripada tidur, tiba-tiba saya rasa macam hendak pergi ke satu tempat yang dekat dengan alam. Rindu saya pada suasana semulajadi membuak-buak. Dalam fikiran, terlintas beberapa lokasi yang sememangnya saya gemari. Laut, tanah tinggi, kampung, kebun dan sawah padi.  Bagi saya, semuanya cukup mendamaikan. Saya meluahkan apa yang terbuku di benak fikiran kepada En. Boss. Alhamdulillah, dia memberikan 'lampu hijau' tanda setuju.

Maka, bermulalah proses memilih lokasi. Saya kena fikirkan lokasi yang menepati ciri-ciri yang saya inginkan iaitu, mesti dekat dengan alam semulajadi dan ada aktiviti menarik yang boleh kami sekeluarga lakukan dalam tempoh dua hari satu malam. Bajetnya pun mestilah yang berpatutan.

Akhirnya, kira-kira jam 12 tengahari, bermulalah perjalanan saya, En. Boss, Akmal dan Aqilah ke Cameron Highlands. Kenapa saya pilih Cameron Highlands?

Ada banyak sebab, antaranya:
  • Lokasinya tidak berapa jauh daripada Shah Alam.
  • Tempat penginapan yang sangat banyak dan tidak perlu ditempah awal.
  • Alat pendingin hawa tidak diperlukan di sini.
  • Udaranya yang nyaman dan menyegarkan terutamanya pada waktu pagi.
  • Buah-buahan serta sayur-sayurannya sangat segar.
  • Lori-lori bertanda CH yang sudah usang tetapi masih kuat bekerja.
  • Panorama tanah tinggi yang memukau pandangan.
  • Dapat menikmati scone enak bersama teh lazat sambil menjamu mata dengan hamparan ladang teh saujana mata memandang.
Sebelum mengakhiri entri saya pada kali ini, jom saksikan aktiviti menarik yang sempat kami berempat lakukan sepanjang kunjungan singkat kami ke Cameron Highlands :-D


Singgah solat dan makan di R&R Tapah

Dessert wajib setiap kali keluar daerah
Buah jambu batu tanpa biji untuk santapan sepanjang perjalanan.
Akmal pilih jambu air

Kami disambut dengan kabus dan bukan jerebu.
Saya sukakan suasana ini. Sejuk dan menyegarkan

Di sinilah kami menginap

Ronda-ronda di sekitar pasar malam dan beli air kelapa laut
Inilah rupa dalam buah kelapa laut. Airnya sangat sedikit, isinya kenyal.
En. Boss menunggu apam garing kegemarannya
Aqilah sudah tidak sabar untuk menikmati buah strawberinya
Inilah buah strawberi yang dibeli di pasar malam 

Orang biasa makan strawberi dengan coklat biasa tapi saya dengan white chocolate
 
Pose santai En. Boss bersama Akmal
Nak main sorok-sorok katanya

Saya suka pemandangan di belakang sana 
Rasa comel lak saya di sebelah En. Boss dan Akmal yang tinggi 
Aqilah terselit di tengah-tengah
Menikmati scone di tepi ladang teh
Lagi aksi daripada dua beranak ini
Makan bersuap :-) 

Kek strawberi 

Hehehe...
Saya terjumpa pokok bunga ini di celah-celah pokok teh. Saya suka :-)
Lihatlah betapa luasnya ladang teh ini
Sempat lagi En. Boss bermain air di ladang teh
Saya pun nak main air
Senyum Aqilah dapat jalan-jalan
Sila cari benda tersembunyi
Aksi Akmal bersama kambing 
Jom cabut 'baby carrot'.
Ada gaya tak tauke bersama pekerjanya. Tapi, siapa tauke siapa pekerja? Hehehe... 
Ini pula kobis. Kata Mohd Shah Alam, ini saiz sederhana. Kalau yang besar macam mana agaknya?
Inilah kobis yang telah dibuang bahagian luar.
Malangnya, Akmal sudah sabotaj gambar ini. Saya bertanduk satu. Huhuhu...
Akmal dengkikan maknya yang tak habis-habis bergambar :-)
Sambil petik tomato ceri, sambil makan. Manis sungguh tomato ceri ini.
Ini buah strawberi. Segar dan cantik
Lepas petik sayur, kita petik strawberi pula
Alangkah seronoknya kalau kebun ini kami yang punya.
In Sha Allah, suatu hari nanti kami ada kebun sendiri seperti ini :-D
Terima kasih Mohd Shah Alam.
 Layanan baik awak sepanjang kami di kebun sayur ini sangat dihargai
Tomato ceri yang enak bersama baby carrot 
Jagung mutiara yang sangat manis

Lastly, pose istimewa daripada saya dan En. Boss.

Jeng...jeng...jeng....








Ini pose Mohd Shah Alam yang suruh. Pengantin lama katanya. Kami ikutkan je :-)

Saturday, 12 October 2013

Usahawan berjaya


Assalamualaikum…

“Balik kampung, ooo balik kampung, hati riang.”
Memang saya suka balik kampung. Hati saya tenang dan senang setiap kali kaki memijak bumi Melaka. Hari ini, Sabtu, 12 Oktober, untuk kesekiankalinya, saya dan keluarga pulang ke kampung. Kali ini tujuannya untuk menyambut Aidiladha yang bakal menjelma 15 Oktober nanti.

Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja aktiviti yang saya dan keluarga lakukan. Hari ini kami sepakat untuk ke kandang kambing atau lebih tepat ladang kambing milik Nora, rakan sekelas saya ketika di tingkatan enam dahulu dan suaminya, Norman

Selepas meninggalkan Sekolah Menengah Seri Tanjong kira-kira 22 tahun lalu, kami terputus hubungan. Baru lebih kurang sebulan yang lepas kami bertemu semula di alam siber menerusi WhatsApp grup SMST 1991. Mendapat tahu Nora tauke kambing, saya teruja untuk menemuinya. Kenapa? Kerana saya suka kambing dan saya suka bidang pertanian. Bolehlah kami berkongi cerita.

Sebenarnya, saya dan En. Boss bercita-cita untuk menjadi usahawan pertanian. In Sha Allah. Semoga Allah SWT makbulkan impian kami dan permudahkan perjalanannya. Pun begitu, saya tahu bukan mudah untuk bergelar usahawan. Banyak onak dan duri perlu ditempoh. Namun, itu tidak mampu memadamkan cita-cita kami yang satu ini. Saya yakin cita-cita jika digabungkan dengan usaha pasti akan membuahkan kejayaan.

Pertemuan singkat lapan mata antara saya, En. Boss, Nora dan suaminya, Norman sudah cukup menyuntik semangat untuk kami teruskan impian tanpa perlu menoleh ke belakang. Mereka boleh lahirkan SGI Farm, pastinya kami pun boleh.  

Sejujurnya saya bangga dengan orang yang bergelar tauke lebih-lebih lagi daripada bangsa saya sendiri. Saya sentiasa berdoa agar saya mampu menjadi seperti mereka. 

Jom lihat beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan ketika lawatan sambil belajar ke ladang kambing Nora :-)


Inilah Nora kawan saya yang kini bergelar tauke ladang kambing

Manja sungguh Gebu ni. Umurnya baru tiga minggu.

Pose menarik Gebu bersama kami

Jom beri Gebu minum susu

En. Boss bersama Abang

Aksi si Gebu menyusu

Antara kambing-kambing yang menghuni SGI Farm


Wednesday, 9 October 2013

41 tahun sudah berlalu


Assalamualaikum…

6 Oktober, 41 tahun yang lalu, di General Hospital, Kuching, Sarawak telah lahir seorang bayi perempuan hasil daripada perkahwinan antara Naib bin Salim dan Nyachek bt Yusof. Bayi perempuan comel (Hehehehe…) itu kemudiannya diberi nama Naroswati.

“Terima kasih mak dan abah kerana sudi menerima kehadiran saya dalam hidup kalian berdua. Huhuhu…terharu sungguh.”

Mak kata saya lahir pada hari Jumaat tatkala matahari sedang tegak di atas kepala, lebih kurang dalam pukul 12 tengahari. Sebab itulah saya degil. Huhuhu…

Alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT kerana telah mengizinkan aku menghuni dunia ini. Untuk tempoh berapa lama? Entahlah, saya pun tidak pasti.

Setakat ini, saya sudah menghabiskan masa 41 tahun daripada jumlah keseluruhan usia yang Allah SWT kurniakan kepada saya. Jika dicongak, (mengikut usia Rasulullah SAW yang wafat ketika 63 tahun) saya hanya tinggal 22 tahun sebelum pulang ke Rahmatullah. In Sha Allah…Wallahu a’lam… 

Terdetik di hati, dengan sisa usia yang masih tinggal, sempatkan saya mengumpul bekalan amal untuk dibawa bersama-sama tika kembali bertemuNya nanti. Apatah lagi saya insan kerdil yang sentiasa terlupa dan selalu buat silap. Astagfirullahal ‘adzim…

“Ya Allah, ampunkan segala dosaku. Aku bermohon padaMu agar kau masukkanlah aku ke Syurga Mu tanpa hisab kerana aku tahu dosaku sangat banyak dan tidak mampu ku tebus walaupun Kau izinkan aku menghuni dunia ini sejuta tahun lagi.”

Semoga saya terus istiqamah menjadi hamba Allah yang sejati dan baki umur yang tinggal ini dapat saya manfaatkan sebaiknya untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan umat Islam seluruh dunia. Amin. In Sha Alla…

Jom lihat sijil kelahiran saya yang sudah usang dan kenali insan-insan istimewa yang bertanggung jawab membawa saya melihat dunia :-)
  
Inilah sijil kelahiran saya aka surat beranak

Mak dan Abah yang telah membawa saya ke dunia ini. 

Raikan ulang tahun kelahiran dengan cara saya

Terima kasih Aqilah atas kad ucapan kreatif ini. Saya sukakannya.