Assalamualaikum…
6 Oktober, 41 tahun yang lalu, di General Hospital, Kuching,
Sarawak telah lahir seorang bayi perempuan hasil daripada perkahwinan antara
Naib bin Salim dan Nyachek bt Yusof. Bayi perempuan comel (Hehehehe…) itu kemudiannya
diberi nama Naroswati.
“Terima kasih mak dan
abah kerana sudi menerima kehadiran saya dalam hidup kalian berdua.
Huhuhu…terharu sungguh.”
Mak kata saya lahir pada hari Jumaat tatkala matahari sedang
tegak di atas kepala, lebih kurang dalam pukul 12 tengahari. Sebab itulah saya
degil. Huhuhu…
Alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT kerana telah
mengizinkan aku menghuni dunia ini. Untuk tempoh berapa lama? Entahlah, saya
pun tidak pasti.
Setakat ini, saya sudah menghabiskan masa 41 tahun daripada
jumlah keseluruhan usia yang Allah SWT kurniakan kepada saya. Jika dicongak,
(mengikut usia Rasulullah SAW yang wafat ketika 63 tahun) saya hanya tinggal 22
tahun sebelum pulang ke Rahmatullah. In Sha Allah…Wallahu a’lam…
Terdetik di hati, dengan sisa usia yang masih tinggal, sempatkan
saya mengumpul bekalan amal untuk dibawa bersama-sama tika kembali bertemuNya
nanti. Apatah lagi saya insan kerdil yang sentiasa terlupa dan selalu buat
silap. Astagfirullahal ‘adzim…
“Ya Allah, ampunkan
segala dosaku. Aku bermohon padaMu agar kau masukkanlah aku ke Syurga Mu tanpa
hisab kerana aku tahu dosaku sangat banyak dan tidak mampu ku tebus walaupun
Kau izinkan aku menghuni dunia ini sejuta tahun lagi.”
Semoga saya terus istiqamah menjadi hamba Allah yang sejati
dan baki umur yang tinggal ini dapat saya manfaatkan sebaiknya untuk diri
sendiri, keluarga, masyarakat dan umat Islam seluruh dunia. Amin. In Sha Alla…
Jom lihat sijil kelahiran saya yang sudah usang dan kenali insan-insan istimewa yang bertanggung jawab membawa saya melihat dunia :-)
Inilah sijil kelahiran saya aka surat beranak |
Mak dan Abah yang telah membawa saya ke dunia ini. |
Raikan ulang tahun kelahiran dengan cara saya |
Terima kasih Aqilah atas kad ucapan kreatif ini. Saya sukakannya. |