Saturday 12 October 2013

Usahawan berjaya


Assalamualaikum…

“Balik kampung, ooo balik kampung, hati riang.”
Memang saya suka balik kampung. Hati saya tenang dan senang setiap kali kaki memijak bumi Melaka. Hari ini, Sabtu, 12 Oktober, untuk kesekiankalinya, saya dan keluarga pulang ke kampung. Kali ini tujuannya untuk menyambut Aidiladha yang bakal menjelma 15 Oktober nanti.

Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja aktiviti yang saya dan keluarga lakukan. Hari ini kami sepakat untuk ke kandang kambing atau lebih tepat ladang kambing milik Nora, rakan sekelas saya ketika di tingkatan enam dahulu dan suaminya, Norman

Selepas meninggalkan Sekolah Menengah Seri Tanjong kira-kira 22 tahun lalu, kami terputus hubungan. Baru lebih kurang sebulan yang lepas kami bertemu semula di alam siber menerusi WhatsApp grup SMST 1991. Mendapat tahu Nora tauke kambing, saya teruja untuk menemuinya. Kenapa? Kerana saya suka kambing dan saya suka bidang pertanian. Bolehlah kami berkongi cerita.

Sebenarnya, saya dan En. Boss bercita-cita untuk menjadi usahawan pertanian. In Sha Allah. Semoga Allah SWT makbulkan impian kami dan permudahkan perjalanannya. Pun begitu, saya tahu bukan mudah untuk bergelar usahawan. Banyak onak dan duri perlu ditempoh. Namun, itu tidak mampu memadamkan cita-cita kami yang satu ini. Saya yakin cita-cita jika digabungkan dengan usaha pasti akan membuahkan kejayaan.

Pertemuan singkat lapan mata antara saya, En. Boss, Nora dan suaminya, Norman sudah cukup menyuntik semangat untuk kami teruskan impian tanpa perlu menoleh ke belakang. Mereka boleh lahirkan SGI Farm, pastinya kami pun boleh.  

Sejujurnya saya bangga dengan orang yang bergelar tauke lebih-lebih lagi daripada bangsa saya sendiri. Saya sentiasa berdoa agar saya mampu menjadi seperti mereka. 

Jom lihat beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan ketika lawatan sambil belajar ke ladang kambing Nora :-)


Inilah Nora kawan saya yang kini bergelar tauke ladang kambing

Manja sungguh Gebu ni. Umurnya baru tiga minggu.

Pose menarik Gebu bersama kami

Jom beri Gebu minum susu

En. Boss bersama Abang

Aksi si Gebu menyusu

Antara kambing-kambing yang menghuni SGI Farm


No comments:

Post a Comment