Wednesday 9 October 2013

41 tahun sudah berlalu


Assalamualaikum…

6 Oktober, 41 tahun yang lalu, di General Hospital, Kuching, Sarawak telah lahir seorang bayi perempuan hasil daripada perkahwinan antara Naib bin Salim dan Nyachek bt Yusof. Bayi perempuan comel (Hehehehe…) itu kemudiannya diberi nama Naroswati.

“Terima kasih mak dan abah kerana sudi menerima kehadiran saya dalam hidup kalian berdua. Huhuhu…terharu sungguh.”

Mak kata saya lahir pada hari Jumaat tatkala matahari sedang tegak di atas kepala, lebih kurang dalam pukul 12 tengahari. Sebab itulah saya degil. Huhuhu…

Alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT kerana telah mengizinkan aku menghuni dunia ini. Untuk tempoh berapa lama? Entahlah, saya pun tidak pasti.

Setakat ini, saya sudah menghabiskan masa 41 tahun daripada jumlah keseluruhan usia yang Allah SWT kurniakan kepada saya. Jika dicongak, (mengikut usia Rasulullah SAW yang wafat ketika 63 tahun) saya hanya tinggal 22 tahun sebelum pulang ke Rahmatullah. In Sha Allah…Wallahu a’lam… 

Terdetik di hati, dengan sisa usia yang masih tinggal, sempatkan saya mengumpul bekalan amal untuk dibawa bersama-sama tika kembali bertemuNya nanti. Apatah lagi saya insan kerdil yang sentiasa terlupa dan selalu buat silap. Astagfirullahal ‘adzim…

“Ya Allah, ampunkan segala dosaku. Aku bermohon padaMu agar kau masukkanlah aku ke Syurga Mu tanpa hisab kerana aku tahu dosaku sangat banyak dan tidak mampu ku tebus walaupun Kau izinkan aku menghuni dunia ini sejuta tahun lagi.”

Semoga saya terus istiqamah menjadi hamba Allah yang sejati dan baki umur yang tinggal ini dapat saya manfaatkan sebaiknya untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan umat Islam seluruh dunia. Amin. In Sha Alla…

Jom lihat sijil kelahiran saya yang sudah usang dan kenali insan-insan istimewa yang bertanggung jawab membawa saya melihat dunia :-)
  
Inilah sijil kelahiran saya aka surat beranak

Mak dan Abah yang telah membawa saya ke dunia ini. 

Raikan ulang tahun kelahiran dengan cara saya

Terima kasih Aqilah atas kad ucapan kreatif ini. Saya sukakannya.

6 comments:

  1. Happy Belated Birthday beb....moga bahagia dunia akhirat.....

    ReplyDelete
  2. Biler birthday akak ni...naper kat FB saya tak keluar..stress..anyway Happy Belated Birthday kakakku sayang....muahhhhh...nanti sy buat spesel kek untuk akak ye...heheehh

    ReplyDelete
  3. Eh, ko baca ke tidak karangan aku ni. Kan ada tarikhnya. Dlm FB mmg aku tak letak. Tak nak glamer. Hehehe...
    Terima masih atas wish mu itu. Akan ku tunggu kek spesel mu itu :-)

    ReplyDelete
  4. Baca...tapi nak jugak tanya...hehehe...baiklah...

    ReplyDelete
  5. tahniah. moga istiqamah dlm perjuanganmu wahai kakakku :)

    ReplyDelete