Assalamualaikum…
Sejak jadi Pembantu Peribadi atau Personal Assistant, masa
saya banyak dihabiskan di rumah. Tapi, ini tidak bermakna saya goyang kaki
sepanjang masa. Ada banyak benda perlu diselesaikan. Sama seperti suri rumah
sepenuh masa. Mengemas, membasuh, menyidai dan melipat baju serta memasak
adalah rutin harian. Dalam masa yang
sama, saya bersiar-siar di alam maya meninjau apa yang berlaku di sekeliling.
Tak nak lah nanti seperti katak di bawah tempurung.
Sekarang ini saya semakin rajin bereksperimen.
(Hehehe…Ala-ala saintis pula rasanya.) Anda mesti tertanya-tanya, apakah yang
saya uji? Untuk pengetahuan semua, saya uji resipi-resipi makanan yang ada di
internet.
Saya pemakan dan sukakan makanan. Nampak sahaja makanan,
hati saya jadi berbunga-bunga. Memang seronok. Saya sukakan makanan kerana seni
yang ada di dalamnya. Selain gabungan warna yang menarik, susun atur yang
cantik, imbangan rasa yang wujud di dalamnya sungguh mengagumkan.
Dalam benak fikiran saya sentiasa ada gambar makanan. Paling
selalu bermain-main di sana ialah dessert. Saya sangat suka kek. Lebih-lebih
lagi jika kek tersebut dihiasi dengan buah-buahan segar. Mmm…dapnya.
Berbalik kepada cerita eksperimen tadi, biasanya, saya akan google dulu resipi makanan yang terlintas dalam fikiran. Kemudian, saya
padankan dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Jika bahan-bahan tidak lengkap
dan tidak boleh diganti dengan bahan lain, saya cari resipi lain. Apabila sudah
jumpa yang sesuai, mulalah saya melakukan ujikaji di makmal comel saya (dapur
lah tu. Hehehe...) Hasilnya, ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang kecundang.
Kenapa tidak berjaya? Kerana saya adalah penderhaka resipi (Istilah ini saya pinjam daripada seorang rakan :-D).
Sebenarnya saya memang tidak boleh ikut resipi 100%. Orang guna gram, saya guna
cawan. Alasannya, di rumah tidak ada alat penimbang, guna cawan lebih mudah.
Dalam resipi kata secawan gula, saya kurangkan jadi setengah cawan, tak mahu manis
sebab nanti Alang saya marah kerana dia menghidap diabetes. Eh, kenapa
tiba-tiba Alang saya masuk wayang gambar ini? Hehehe… sebab Alang lah yang
selalu kena rasa kuih yang saya buat sama ada sedap ataupun tidak.
Tapi, apapun keputusan uji kaji tersebut, saya berpuas hati
kerana yang pentingnya saya sudah cuba. Dan saya menderhaka pun ada sebab. Sebabnya
ialah saya sesuaikan resepi tersebut dengan citarasa saya dan bagaimana saya
ingin hasilnya. Lagipun, saya berpegang pada perkataan popular orang Jepun
iaitu Kaizen. Maknanya ialah penambahbaikan yang berterusan. Jadi, saya ambil
yang baik, lakukan penambahbaikan dan hasilkan yang lebih baik. Pandai tak
saya. Hehehe…
Jom lihat hasil beberapa
eksperimen yang telah saya lakukan sepanjang bergelar Pembantu Peribadi.
 |
Spageti Olio Aglio Daging |
 |
Cheesekut |
 |
Donut Kampung |
 |
Roti Jala |
 |
Bepang |
 |
Cream Cheesekut Bercoklat |
 |
Bubur Putih Bubur Merah |
 |
Cucur Udang |
 |
Seri Muka |
No comments:
Post a Comment