Assalamualaikum…
Huhuhu...tiga hari saya tidak update Diari Acik Naros. Ini
tidak boleh dibiarkan. Nanti naik lemak. Saya tak mahu Diari Acik Naros
bersawang. Juga tidak mahu hangat-hangat tahi ayam berblog. Ya, saya mesti kuat
semangat untuk terus mencatatkan aktiviti yang saya senangi di diari maya ini.
Sabtu lepas, saya dan keluarga berkesempatan ke Pameran
Statik Angkatan Tentera Malaysia sempena Perarakan Raksasa Hari ATM ke-80
bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sebagai seorang anak askar, jiwa saya memang jiwa tentera.
Membesar dalam persekitaran tentera membuatkan saya ‘keras’ dan ‘kasar’. Ya,
dahulu saya tidak ada perasaan (Alhamdulillah, sekarang saya sudah pandai bermain dengan perasaan). Hehehe...Sebab itulah saya tidak suka berkawan dengan
budak perempuan. Pada saya mereka terlalu sensitif. Tidak boleh cakap sesuka
hati. Kena beralas. Kalau tidak, mereka akan merajuk. Huh… memang saya tak tahan
dengan kerenah budak-budak perempuan. Hasilnya, majoriti kawan saya lelaki. Kawan
perempuan, boleh dikira dengan jari. Itupun, sebelah tangan sahaja.
Mak dan abah dah faham sangat dengan perangai saya. Lebih
selesa berkawan dengan lelaki daripada perempuan. Dan yang bestnya, mak dan
abah saya kenal semua kawan saya. Tiada rahsia antara kami. Hehehe…
Berbalik kepada cerita pameran statik ATM tu, saya memang
sangat teruja. Sebaik mendapat berita tentang Perarakan Raksasa yang akan diadakan oleh ATM, terus terlintas dalam fikiran saya untuk melihatnya secara langsung di depan mata. Saya bercadang membawa anak-anak melihat perbarisan tersebut sebab anak lelaki
saya, Akmal minat sangat dengan senjata. Saya maklumkan hal ini kepada En. Boss. Dia seakan setuju dengan cadangan saya. Tapi, kegembiraan tersebut tidak panjang.Hasrat tersebut terpaksa saya
lupakan sebab pada hari tersebut, Akmal ada sekolah ganti. Huhuhu…demi pelajaran anak, mak sanggup
berkorban. Dalam hati berkata, “Tak mengapa, tak dapat tengok perarakan, tengok
pameran pun jadilah.” Kata-kata memujuk diri sendiri.
Selepas Akmal balik sekolah, makan dan solat, tanpa berlengah, kami
sekeluarga terus ke Dataran Merdeka. Ketika itu, pukul 2 petang. Matahari
sedang ceria memancarkan cahayanya. Pada kebiasaannya, waktu-waktu seperti ini
saya lebih rela mengumpul lemak di rumah berbanding membakarkan di tempat awam.
Tapi, hari Sabtu tersebut, saya rasa sangat lain. Panas mentari umpama dingin
‘aircond’. Iya ke? Hehehehe…Agak-agaknya, kereta kebal dan senapang kat Dataran
Merdeka masa tu berjemaah menyeru nama kami supaya cepat datang.
Tup…tup, lebih kurang 45 minit kemudian kaki kami sudah
berada di depan jentera-jentera ATM yang serba canggih. Hilang ingatan sekejap
masa tu. Macam tidak percaya, saya berjaya sampai ke Dataran Merdeka tanpa
sebarang halangan. Meletakkan kenderaan pun tidak ada masalah. Inilah berkat
kalimah Allahhumma yasir wala tu assir. Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH.
Nak tahu apa yang saya jumpa dan lakukan di sana? Jom tengok
gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh kamera telefon bimbit saya yang hebat.
 |
Saya suka uniform ini |
 |
Akmal dan senjatanya |
 |
Aqilah, En. Boss & Akmal |
 |
Akmal pencinta peluru |
 |
Hebatkan jentera ini. Pelurunya bersepah |
 |
Kerana minat, sanggup ku panjat dikau... |
 |
Tercapai juga hasrat Akmal nak naik kereta kebal |
 |
Mereka sangat sporting |
 |
Mari main sembunyi-sembunyi |
 |
En. Boss sedang teropong anak bulan :D |
 |
Bestnya kalau saya dapat pakai suit ini |
 |
Peace no war |
 |
Lagi Akmal bersama senjata |
 |
Jom main tembak-tembak
|
 |
Khusyuk Akmal mendengar penjelasan Abang Sojar |
 |
Dulu kat dalam hutan, Atuk tidur macam ni lah |
 |
Abang Sojar dengan uniform baru |
 |
Jenuh Abang Sojar menjawab soalan Akmal |
 |
Saya suka RAMD |
 |
Saya salute mereka |
 |
Adik tetap dengan motor besarnya |
 |
Kenangan lalu mengusik jiwa |
 |
Renjer mengajar teknik ikhtiar hidup |
 |
Daripada pasukan GerakKhas |
Che naros..ajar mcm mn nk upload gmbr2..jeles
ReplyDeleteMudah saja baa...ko klik je ikon gambar yang ada kat tool bar masa ko buat post baru. Kalo ko susah2 gi je jumpa Mama It atau Netty. Hehehe...
DeleteWahhh paling teruja tengok spek mata itam acik naros....meletopppp psssttt brand apa tu? ttp kepochi ala jiran sebelah kan.
ReplyDeleteHahaha...spek mata pasar malam je. Makcik pencen mana ada duit nak beli spek mahal :-p
Delete