Assalamualaikum…
Tema aktiviti saya hari ini ialah “Jom Jumpa Orang Kampung”.
Kampung sentiasa di hatiku. Hehehe…Semua yang datang dari kampung, saya suka
terutamanya makanan. Dan saya tak kisah kampung di negeri mana pun. Asalkan
kampung.
Hari ini saya ingin berjumpa mereka di Putrajaya. Orang
kampung dari seluruh Malaysia berkumpul di Laman 1 Malaysia, Presint 2. Dan yang paling menarik, mereka datang
bersama buah tangan yang hebat-hebat.
Hasil usaha tulang empat kerat mereka sendiri untuk dikongsi bersama di Karnival Usahawan Desa 2013 (KUD 2013)
anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang berlangsung dari 25
hingga 29 September 2013.
Jujurnya, saya bangga dengan orang kampung. Tinggal jauh
dari ibu negara Malaysia tidak bermakna mereka ketinggalan. Malah, nyata mereka
lebih berjaya dan kaya daripada kebanyakan kita yang tinggal di bandar-bandar
besar.
Walaupun hanya sempat meluangkan masa lebih kurang tiga jam,
saya puas hati. Saya dapat lihat dengan mata sendiri kesungguhan mereka
meletakkan diri sebaris dengan tokoh-tokoh korporat yang sudah berjaya.
Mereka sumber inspirasi saya. Saya nak jadi kaya seperti
mereka. Kaya cara orang kampung. Tidak perlu berkemeja dan bertali leher untuk
cari duit. Cukuplah dengan baju Pagoda bersama seluar sukan.
Untuk mengakhiri entri kali ini, saya bawakan kepada anda
gambar-gambar saya belajar membuat mangkuk tanah liat. Seronok…
*Terima kasih saya ucapkan kepada En. Mohammad bin Zakaria
daripada Temin Kraf, Jerantut, Pahang atas tunjuk ajar.
![]() |
Demonstrasi daripada En. Mohammad |
![]() |
Cikgu tekun mengajar |
![]() |
Haa...macam tu lah caranya... |
![]() |
Terbaek... |
![]() |
Dah siap. Terima kasih Cikgu |
![]() | |
|
No comments:
Post a Comment