Tuesday 17 September 2013

Kunjungan muhibbah

Assalamualaikum...
Petang Ahad lalu, saya dengan bangganya telah menerima kunjungan muhibbah daripada adik-adik Karangkraf yang sangat saya sayangi lagi rindui. Maklumlah sudah hampir empat bulan saya tidak bertemu mereka. Jadi, bayangkan sahajalah betapa kecohnya kami sepanjang pertemuan singkat itu. 

Yang paling menarik tentang pertemuan ini ialah lokasinya. Kami bertemu di kampung saya, Klebang Besar, Melaka. Pada hal kami semua tinggal di Shah Alam. Sekali fikir rasa kelakar pula. Saya pula 'feeling-feeling' sudah tinggal di kampung. Hehehe....

Khas untuk mereka, saya sajikan hidangan istimewa orang Melaka iaitu asam pedas. Saya masakkan asam pedas ikan tenggiri bersama bendi. Hidangan lain pula ialah kari umbut kelapa bersama tetel, sayur kobis goreng bersama kacang panjang dan tempe, ikan kembung goreng, ikan gelama masin, ulam pucuk ubi, salad serta timun, sambal belacan dan tidak ketinggalan satu lagi produk asli Melaka iaitu cencaluk. Seronok sangat saya apabila melihat adik-adik kesayangan saya ini menikmati hidangan tengahari yang serba ringkas ini dengan penuh selera. Agaknya, sebab akak sediakannya dengan penuh kasih sayang. Hehehe...

Sesi makan-makan

Selepas tamat sessi makan-makan, adik-adik saya ini dijamu pula dengan air kelapa muda. Masa ni, En. Boss yang layan mereka. Tolong petikkan dan belahkan buah kelapa untuk mereka. Terima kasih En. Boss :D.

Seronoknya mereka dapat minum air kelapa muda

Beriya-iya masing-masing menikmati isi kelapa muda

Air kelapa muda terbaik

Sebenarnya, sebelum adik-adikku itu sampai, Mama It aka Hasnita Sawal dan famili dah sampai dulu. Terima kasih Ita dan Zainal sebab sudi singgah ke teratak akak (feeling rumah sendiri lagi. Pada hal rumah arwah Atuk yang diwariskan kepada mak. Hehehe...). Selain daripada makan tengahari, sempat jugalah Ita mencicah mangga. 

Menikmati dessert kampung katanya

Sebelum balik, saya sempat bawa adik-adikku ini jalan-jalan sekitar kampung tengok sawah walaupun sawah yang ada kat kampung tu tidaklah seluas mana. Tapi, yang pentingnya, masih ada sawah. 

Pose maut di tengah sawah

Kunjungan muhibbah adik-adikku ini diakhiri dengan acara bergambar beramai-ramai berlatar belakangkan pemandangan sawah yang cukup indah. Jangan serik ya, nanti datang lagi. 

Kenangan terindah

5 comments:

  1. rindunya asam pedas kak naros. cuma boleh rasa time mengandung. itupun geng island syrup maple yang minta saya berlakon konon2 mengidam. huhu

    ReplyDelete
  2. Hahaha...nak makan asam pedas Kak Naros ya. Seperti biasa, syaratnya mengandung 😜

    ReplyDelete
  3. Wahhh tak sangka dh berblog rupa2nya acik naros ye. walaupun hakikatnya dh lama blog2 kita diwujudkn tp ala2 timing lbh kurang sama plak aktif kembali hehehe...kalau dh jodoh katenya.
    anyway tima kasih acik naros sbb hidangkan kami asam pedas dn pelam cicah kicap dak kemal yg pds tak hengat tu sampai perut aku panas hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ini semua tempias daripada Netty Ah Hiyer yang telah mengemaskini blognya selepas mendapat ilmu daripada Masayu Ahmad. Harap-harap berpanjanganlah ya Mama It. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah :D

      Delete
  4. So bolehlah masak untuk saya makcik kantin

    ReplyDelete