Assalamualaikum…
Semalam, saya dan En. Boss berpeluang membawa Akmal dan
Aqilah ke Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK 2013). Mesti anda semua
tertanya-tanya, apa itu KEKK dan kenapa saya bawa anak-anak ke sana?
KEKK merupakan sebuah karnival kemahiran. Semua bidang
kemahiran diketengahkan dalam karnival ini. Program yang julung kali diadakan ini adalah hasil kerjasama
daripada pelbagai kementerian yang ada kaitan dengan Pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional (TEVT- Technical Education and Vocational Training ) seperti
Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan
Sukan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Karnival kemahiran terbesar ini diadakan di Malaysia Agro
Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor bermula 26 hingga 30 September.
Tujuan utama saya membawa anak-anak ke karnival ini ialah untuk
mendedahkan mereka kepada bidang kemahiran. Saya mahu mereka tahu bahawa dalam
dunia ini ada banyak pekerjaan yang kita boleh buat. Bukan semata-mata
bergantung kepada kerjaya yang biasa kita dengar.
Saya mahu mereka buka minda. Kurang pandai di sekolah bukan
penghalang untuk berjaya dan jadi kaya. (Hehehe…saya memang sukakan perkataan
kaya dan tentunya mahu sentiasa kaya. In Sha Allah…)
Saya kenal anak-anak saya. Mereka tidak menyerlah di sekolah. Tapi, saya tahu, dalam diri mereka ada banyak potensi yang belum diterokai. Atas alasan inilah, saya beri peluang anak-anak melihat sendiri betapa banyaknya pekerjaan yang ada dalam dunia ini. Semuanya boleh menjana pendapatan lumayan asalkan mereka rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.
Saya suruh mereka lihat satu persatu bidang kemahiran yang dipamerkan di situ dan pilih satu yang sangat mereka gemari. Saya ingin mereka memilih kerjaya sendiri. Saya mahu mereka bekerja dalam bidang yang digemari
agar dapat berkerja dengan gembira, lebih komited dan yang penting tanpa rasa
tertekan. Setuju tak?
Apabila sudah tahu kerjaya impian anak-anak, mudahlah saya
dan En. Boss aturkan perjalanan mereka menuju puncak. Kami juga akan lebih
fokus dan tidak membuang masa.
![]() |
Akmal memilih untuk mendalami bidang IT Network Systems Administration |
![]() |
Aqilah pula minat dalam bidang Graphic Design Technology |
?????????????
???????????
?????????
???????
??????
?????
???
?????????
???????
????
???
?
Kak naros, nak join jadi champion gak.
ReplyDeleteNet, ko kan tengah on the way jadi champion :D
DeleteSelamat menjadi guru.